![]() |
| I love you Princess..Princess dengar tak?? |
Entry first aku ni memang sesuai sangatkan, mood nak berblog timbul atas dasar keboringan, kepuasan, kepuasan menggila, menggila yang disebabkan oleh keboringan. nampak tak, betapa boringnya aku??
So, duk berjauhan dengan orang tercinta ni memang banyak dugaannya almaklumla kahwin baru setahun kot dah kene berpisah. sebelum ni, lepas kahwin hidup bersama, enjoy bersama, makan bersama, gaduh depan mata, hehehe..tuptup dikhabarkan suami kene bertukar ke kampung halaman di binjai, Kubang Kerian makanyaaa tinggallah aku keseorangan di sini. Sabar jela..think positive ok!
For me la, hidup berPJJ selepas nikah ni dah biasa sangat. sebab before ni pun kakak ipar dan abg aku pun berpisah sorang di sabah sorang lagi di sarawak..bayangkan? pedalaman pulak tu.. hampir 5 tahun jugak baru boleh bersama. tu pun dorang decide pilih sabah sebah lagi dekat ngan airport nak compare dengan Sri Aman, Sarawak. Jadi, kalaulah ada orang tanya jangan terkejut sudala bila ada yang tanya "mana suami kau" anggapla tu normall sebab dah xjanggal sangat da..mungkin ada lagi yang lebih lama berpisah..mungkin nak pencen baru bleh hidup bersama ngan keluarga. perghh tabahnye la kalau orang yang macam tu kan. mmg solute giler lah!!
Kehidupan berPJJ ni ada baik dan ada buruknya..kehkhekhe..BAIK & BURUKNYA aku ambik kira dengan pengalaman aku la..bila berPJJ ni baru la kira rasa :
1. Rasa rindu
2. Tetiba dalam hati mula nak concern pada sidia. "Dah makan ke belum ha Myprince aku ni?" " Makan sedap ke x hah??" kalau duk skali ni ada kisah gak, tp time mood malas nk masak datang mmg malas pulak nak tanya sebab mmg nk sruh my prince kita masuk dapur dulu.hehehe
3. Tetiba nak scroll balik mesej2 lama, whatsapp2 lama,gambar2 lama, komen2 kat FB yang dari tahun2 LEPAS (Terutama zaman cintancintun tu). Uolls tau ni sebab apa? salah satunya boring, second sebab RINDU LETTEWW..
4. Mula nak manja2, gedik, kalau call pun cakap lemah-lembut kan? memang niat nk jadi wife yang perfect lah!
5. Peluang berjauhan ni la kita boleh ambik kesempatan untuk meneruskan misi kecantikan contohnya nak kurus, nk gemuk cket, nak gemuk banyak, nak putih nak gebu, nak iti, nak ini.haha time ni la.ok! relevan x isi last ni? kononnya dah xduk skali suami jarang tgk depan2 so apa yang nak ubah time ni la kita boleh ubah..ni kira bajet2 SURPRISE la ni.. boleh nanti jumpa suami biar dia terkejut "wow, awak dah kurus selim melim, putih gebu gebas, putih melepak pak pak" tanttttteeeeknya!! tampar jer klu ada pujian cantik bila dah berubah. sebabnya suami xboleh macam tu..setiap wanita memang perlukan pujian walaupun ada sesetengah wanita mcm terhegeh2 dengan pujian, dan sebahagian mcm xmampu nak menerima pujian..tpi once pujian tu diucapkan oleh yang tersayang tengakla balik gimik muka wanita tersebut..sama ada rela atau x tp dalam hati TETAP SUKA.
Pujian ni xsemestinya ada kaitan dengan kecantikan sahaja, wife pandai masak pun apa salah para suami memuji, wife pandai mendidik anak..pujilah yang betul2 kita respect atas segala perbuatan dia untuk keluarga kita. ni salah satu tanda kita menghargai isteri kita. jangan main-main puji macam "udang disebalik batu" plak ye..
BURUK :
1. Nak g mana-mana pun susah. sebabnya malas nk drive dan kemungkinan besar akan sesat. So pemilihan yang mudah shopping On9. tapi still xpuas :(
2. Kalau tetiba kita sakit or need somebody pada saat tu..yang ni memang sedih dan nangis ni. lagi-lagi yang tengah peknen tanpa suami dissis..sedeynye :(
3. Kemungkinan berfikiran diluar jangkaan..jengjeng.. macam-macam la kan kita fikir takut suami kita menggatal dengan perempuan lain. In sha Allah My Prince kita setia pada kita sorang jer....
4. Kuat merajuk. yela kan bila berjauhan ni kalaula suami xcall atau sekali sekala dapat msg or whatsapp mungkin time mood tgh moody mmg nak naik angin je kan..mula la nk marah la..ada ayat " awak dah sayang saya " " bizi memanjang jer samapi xsempat nk tanya khabar wife ni". please jangan buat macam tu tau..nanti lama2 asyik duk merajuk hal yang remeh temeh kita plak yang rugi..mana tau sebelum ni asyik duk merajuk benda yang sama tetiba suami dah bosan layan karenah kita tetiba dia malas pujuk? ha..dah la hidup berjauhan..apa kata bab call, msg ni sama2 la kita buat. sebab duk jauh ni bukan kita yang nak..dah tadbir untuk kita berpisah buat seketika..lagipun berjauhan bukan duk melepak bagai tapi demi mencari rezeki buat keluarga kan?
5. Ketakutan mungkin ada melanda..tetiba akan teringt Ju-on la, mak Lampirla, Hantu Kak Limah la..jadi bila duk keseorangan ni kita kuatkan hati, minda dan mental. banyak memohon pada ALLAH agar dijauahi benda2 yang tidak diingini.
So, sekian sudah entry pertama Amalinne...bila berjauahan ni mesti counting days bila nak jumpa ni?..bila nk g bercuti bersama ni?..apa pun bersabarlah semua. Mungkin ini adalah hikmah buat kita :)
.jpg)
